Latihan Kecergasan telah diadakan pada 25.2.2015 di Kompleks Sukan
Paroi. YDH Supt/SP Ahmad Safaie Ahmad,
Komandan SPNS turut bersama dalam latihan tersebut.
Latihan diadakan setiap 25 hb setiap bulan bagi menyahut saranan
pucuk pimpinan PDRM khasnya YDH ACP Che Man Md Dros, Ketua JPJKK IPKNS
menghendaki semua anggota Sukarelawan Polis sentiasa sihat dan cergas.
Aktiviti ini juga dapat mengeratkan hubungan sesama anggota,
membudayakan 10, 000 langkah untuk kecergasan fizikal disamping dapat
bertukar-tukar fikiran bagi penambahbaikan pasukan.