Mesyuarat Komandan Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada
4.3.2015 di Bilik Mesyuarat JPJKK Tingkat 29, Menara 2 Bukit Aman.
YDH Supt./SP Ahmad Safaie Haji Ahmad bersama Kon./SP Sarabanan
Alagappan menghadiri mesyuarat tersebut yang dipengerusikan oleh YDH SAC Saiful
Azly Haji Kamaruddin, Ketua Penolong Pengarah
Koordinasi Sumber Sokongan (KPP KSS).
YDH CP
Dato’ Acryl Sani Abdullah Sani, Pengarah JPJKK
turut memberi ucaputama.
Beliau
berharap semua anggota Sukarelawan Polis (SP) menghargai usaha kerajaan
menambah anggota seramai 50,000 menjelang tahun 2017.
Perkhidmatan
yang diberi hendaklah berada diacuan dan matlamat yang diharapkan disamping tidak menjadikan elaun
sebagai motivasi untuk menyumbang perkhdimatan.
Menurut
beliau, pelbagai usaha telah dibuat seperti bengkel di Johor Baharu dan Melaka
bagi memperkasakan Sukarelawan Polis
YDH SAC KPP KSS turut mengharapkan semua
pegawai dan anggota Sukarelawan Polis menjadi “Polis Baru” dengan “change
mind set”. Menurutnya lagi Sukarelawan
Polis adalah setara dengan anggota PDRM sebagaimana termaktub dalam Seksyen 40 Akta Polis 1967.