Mesyuarat KSPD kali 2/2015 telah
diadakan di Dewan Serbaguna IPKNS pada 7.3.2015. Seramai 33 orang hadir, termasuk KSPD,
pegawai, spo dan penyelaras data yang dipengerusikan oleh Supt/SP Ahmad Safaie
Ahmad, Komandan Sukarelawan Polis Kontinjan Negeri Sembilan.
Tujuan mesyuarat bagi membincangkan
arahan pentadbiran dari JPJKK Bukit Aman dan IPKNS dan pelaksanaannya di
peringkat daerah dan balai. Semua KSPD
diingatkan agar melaksanakan tugas dengan mematuhi peraturan, taat setia kepada
ketua dan berhemah dalam menegur anggota.
Pelantikan Jawatankuasa Badan
Kebajikan Sukarelawan Polis Kontinjen Negeri Sembilan turut diadakan. Mesyuarat bersetuju semua anggota diwajibkan
menjadi ahli dan dikehendaki membayar RM 12.00 setahun mulai Februari hingga
Jun 2015.
Lawatan kebajikan perlu diadakan
oleh KSPD bagi menjaga kebajikan anggota dibawah jagaan masing-masing. Sumbangan sebanyak RM 50.00 bagi anggota yang
dimasukkan ke Hospital.
Dalam mesyuarat tersebut Komandan
turut mengumumkan KSPD Tampin cemerlang dalam kategori dokumentasi terbaik dan
KSPD Nilai pengurusan terbaik.