Pages

PELANCARAN KARNIVAL PENCEGAHAN JENAYAH 2015 PERINGKAT INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT)USIM

13 Mei, Dewan Besar, Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan. Majlis pelancaran dirasmikan oleh Ydh. CP Dato' Acryl Sani bin Hj. Abdullah Sani, Pengarah JPJKK Malaysia. Program ini diadakan bagi meningkatkan kesedaran para anggota Kor Suksis dan warga USIM serta komuniti setempat terhadap kepentingan membanteras dan mencegah jenayah. Disamping itu, program ini adalah sebahagian daripada usaha merapatkan semangat ukhuwah dikalangan warga USIM dengan masyarakat setempat

Pada Majlis tersebut Ydh Supt/SP. Haji Ahmad Safaie Bin Haji Ahmad turut hadir pada program tersebut bersama dengan 34 anggota Sukarelawan Polis Kontinjen Negeri Sembilan   

Pada program tersebut Ydh CP Dato’ Acryl Sani Bin Haji Abdullah Sani dan Dr Resali Bin Muda, Pensyarah Fakulti Syariah Dan Undang-Undang USIM telah menjadi panel dalam forum pencegahan Jenayah iaitu “Pencegahan Jenayah Tangungjawab Siapa?” yang dimoderatorkan oleh Supt/K/S Hisham Bin Sabri daripada Kor Suksis USIM.