Pages

LAWATAN KERJA KE PEJABAT SUKARELAWAN POLIS DAERAH TAMPIN

Lawatan telah diadakan pada 30 April 2015. Komandan Sukarelawan Polis, YDH Supt/SP. Haji Ahmad Safaie Bin Haji Ahmad bersama dua Inspektor dan enam anggota daripada pejabat Komandan Sukarelawan Polis Negeri Sembilan. Sarjen Sarban wakil daripada KBPJKK Daerah Tampin turut hadir.

Tujuan lawatan untuk pemantauan perlaksanaan pentadbiran, aktiviti, kecerian, rekod dan dokumentasi sistem fail anggota disamping mengeratkan hubungan sesama anggota.

Insp/SP Suboh Bin Haron (KSPD) turut memberi ucapan dan taklimat mengenai organisasi Sukarelawan Polis Daerah Tampin. Ydh Komandan telah menyampaikan perkembangan semasa dari JPJKK Bukit Aman dan IPKNS. Ydh Komandan mengucapkan tahniah kepada KSPD dan warga SPDRM Tampin kerana berjaya melaksanakan hasrat Ketua JPJKK IPKNS. Sesi soal jawab  turut diadakan.Majlis di akhiri dengan gimik pelancaran pemantauan  dan lawatan kerja tersebut.