Pages

LATIHAN MUSKETRI PELATIH BARU SPDRM 2014

Pada pertengahan bulan November 2014 Pejabat KOMANDAN SPDRM Kontinjen Negeri Sembilan telah mengadakan Latihan Musketri bagi pelatih-pelatih baru SPDRM . Latihan tersebut  diadakan di Sekolah Latihan IPK Negeri Sembilan  dengan tenaga pengajar daripada Pejabat Persenjataan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan. Latihan ini  diadakan tiga hari berasingan iaitu 15 , 16 dan 22 November 2014. Keseluruhan pelatih-pelatih baru bagi siri 2014  telah melibatkan diri dalam latihan musketri tersebut bagi melayakkan mereka ke Latihan dan penilaian menembak yang akan berlangsung kelak. Komandan SPDRM Negeri Sembilan Supt/Sp Tn Haji Ahmad Shafaie Bin Haji Ahmad turut sudi hadir dan memberi taklimat ringkas kepada semua pelatih dan anggota-anggota.