Pages

Ceramah Keselamatan Berkaitan Isu-Isu Semasa

Ceramah Keselamatan berkaitan isu-isu semasa telah disampaikan oleh Supritenden Tuan Zahari Bin Osman, Timbalan Ketua Cawangan Khas 1, IPK Negeri Sembilan pada 10 Nov 2014. Ceramah tersebut diadakan di Dewan Mes Pegawai Kanan IPKNS yang dihadiri seramai 222 anggota Sukarelawan Polis. YDH Tuan Che Man Bin Md Dros, Ketua JPJKK IPKNS turut hadir dalam majlis tersebut.

Pada majlis tersebut  Supritenden Tuan Zahari  berharap semua anggota Sukarelawan Polis dapat menyalurkan maklumat, bertugas mengikut peraturan yang ditetapkan dan sentiasa menjaga nama baik pasukan. Ceramah tersebut dapat menyedarkan anggota betapa pentingnya keamanan yang dinikmati hari ini dikekal dan dijaga bersama.