Pejabat Komandan
Sukarelawan Polis Kontinjen Negeri Sembilan telah mengadakan Taklimat Latihan
Asas pada 5.3.2016 dan 6.3.2016 di Dewan Serbaguna, Sukarelawan Polis Kontinjen Negeri Sembilan.
Tujuan taklimat untuk memberi pendedahan kepada pelatih agar mereka dapat
membuat persediaan dari segi fizikal dan mental bagi mengikuti latihan asas di
Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Bukit Sentosa, Selangor mulai 13.3.2016 hingga
18.3.2016. Supritenden/SP Ahmad Safaie
Ahmad, Komandan Sukarelawan Polis Negeri Sembilan telah menyampaikan taklimat
mulai jam 9.30 hingga 11.30 pagi kepada 122 pelatih siri 1/2016.