20 Mac 2016 - Seramai 102 pelatih baru Sukarelawan Polis Kontinjen Negeri Sembilan telah menjalani latihan di Pusat Latihan Polis Bukit Sentosa, Rawang Selangor dari 13 hingga 18 Mac 2016. Pelatih telah didedahkan mengenai peranan dan tanggungjawab sebagai anggota Sukarelawan Polis disamping kelas undang-undang. Pelatih baru terdiri daripada berbilang bangsa dan peringkat umur. YDH ACP Tuan Che Man Bin Md Dros Ketua Jabatan JPJKK IPK Negeri Sembilan telah menyempurnakan majlis penutupan tamat latihan siri 1/2016.
Pelatih mendaftar kehadiran |
Pelatih berkumpul dalam barisan |
Pelatih bersiap untuk berangkat ke PULAPOL Bukit Sentosa |
Pelatih Selamat Tiba Di PULAPOL Bukit Sentosa |
Pelatih disambut oleh Juru latih PULAPOL |
Pelatih mendengar taklimat daripada warden asrama |
Keadaan asrama di PULAPOL Bukit Sentosa |