Pages

Mesyuarat Ketua Sukarelawan Polis (KSPD) Kali Ketiga 2017





Mesyuarat Ketua Sukarelawan Polis (KSPD) Kali Ketiga 2017 telah diadakan pada 24.8.2017 dari jam 8.30 hingga 10.30 malam, di Dewan Serbaguna SSPDRM Kontinjen Negeri Sembilan.  Semua KSPD atau  wakil dari Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin, Kuala Pilah, Port Dickson, Nilai, Jempol dan Seremban turut hadir.

Supt/SP Ahmad Safaie bin Ahmad mempengerusi mesyuarat tersebut.  Beliau berharap semua KSPD melaksanakan amanah yang diberi dengan penuh integrity  dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa khasnya tentang PDRM seperti pertukaran Ketua Polis Negeri dan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan. 




Perancangan dan pelaksanaan aktiviti SSPDRM seperti Amanat Ketua JPJKK IPK NS, Tahlil Perdana, Latihan Menembak Tahunan, Pertandingan Bowling dan Anugerah Kecemerlangan akan dilaksanakan.  Beliau berharap semua KSPD dapat memberi kerjasama yang padu dalam menjayakan semua aktiviti yang dirancang.