Pages

Majlis Amanat Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Kesalamatan Komuniti & Pembentangan caruman Insurans Persatuan SSPDRM

23 Julai 2016, Majlis Amanat Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Kesalamatan Komuniti (JPJKK) Yang Dihormati Assistant Commisisioner Police (ACP) Che Man Bin Md Dros sudi memberi amanat kepada para anggota Sukarelawan Simpanan Polis (SSPDRM) Kontinjen Negeri Sembilan. Yang Dihormati Supt / SP Komandan SSPDRM Kontinjen Negeri Sembilan Haji Ahmad Safaie Bin Haji Ahmad turut hadir bersama dalam majlis tersebut. Dalam majlis tersebut ACP Che man memberi beberapa penekanan dalam aspek disiplin dan kepatuhan kepada pucuk pimpinan PDRM. 

Dipengakhiran majlis anggota SSPDRM Negeri Sembilan telah diberi penerangan mengenai Persatuan SSPDRM dan caruman Insurans. Keseluruhan anggota SSPDRM Negeri Sembilan menyambut baik tentang kepentingan kebajikan mereka iaitu caruman Insurans kelompok yang dibentangkan oleh Naib President Persatuan DSP / SP Wong Chan Choy.