Pages

Amanat Ketua Jabatan JPJKK IPKNS bagi tahun 2016


28 Januari 2016 (Khamis) Majlis telah diadakan di Mess Pegawai kanan IPKNS. Kehadiran anggota termasuk pegawai seramai 105 orang. Dalam majlis tersebut Ydh Komandan turut hadir. Majlis ini diadakan bertujuan bagi mendengar amanat Ketua Jabatan JPJKK IPKNS iaitu Ydh ACP Che Man Bin Md Dros

Dalam amanat yang disampaikan Ydh ACP Che Man mengucapkan syabas dan tahniah kepada pegawai dan anggota yang telah menerima pingat sempena hari Keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan dan juga yang menerima sijil Penghargaan daripada Ketua Jabatan JPJKK IPKNS. 

Selain itu YDH ACP Che Man menekankan setiap pegawai dan anggota mesti memastikan tahap disiplin yang tinggi dan jangan abaikan tugas yang telah diamanahkan kepada kita. Beliau menekankan punca utama anggota terlibat dengan jenayah disebabkan kurangnya penyeliaan dan mereka terasa diabaikan oleh penyelia Beliau juga meminta pada semua penyelia memastikan anggota yang diselia sentiasa berdisiplin, boleh ditegur dan dinasihat serta rapat dengan anggota yang diselia.

Beliau juga menasihati sekiranya pegawai dan anggota mempunyai masalah boleh merujuk kepada Cawangan BAKA IPKNS. 






Penyampaian Sijil Penghargaan kepada anggota dan pegawai 
















Penerima Sijil Penghargaan


Gambar kenangan daripada anggota Daerah  Kuala Pilah

Gambar kenangan daripada Daerah Tampin

Gambar kenangan daripada Daerah Jempol


Gambar kenangan daripada Daerah Port Dickson


Gambar kenangan daripada anggota Daerah Seremban


Gambar kenangan daripada anggota Pejabat Komandan