Pages

Latihan Menembak Sukarelawan Polis Kontinjen Negeri Sembilan Tahun 2015



Pejabat Komandan Sukarelawan Polis Kontinjen Negeri Sembilan telah mengadakan latihan tersebut pada 28.11.2015 di Lapang Sasar Mantin.  Objektif utama untuk memberi peluang kepada semua anggota yang belum lulus menembak bagi membolehkan mereka membawa senjata khasnya revolver .38 semasa menjalankan tugas.  Tetamu kehormat YDH Supt. Mohd Zawawi bin Abdullah, Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, IPK Negeri Sembilan telah menyempurnakan majlis penutupan yang dihadiri seramai 120 orang anggota.  Turut hadir YDH ACP Nik Azlan bin Wan Kadir, Penolong Pengarah Sukrelawan Polis Bukit Aman telah menyerikan lagi majlis tersebut.