Pages

Majlis Amanat Ketua Jabatan JPJKK Negeri Sembilan iaitu ACP Che Man Bin Md Dros





18 Sept 2015, Dewan Mawar IPKNS, Majlis Amanat Ketua Jabatan JPJKK IPKNS, YDH ACP Che Man Bin Md Dros. Kehadiran anggota pada majlis tersebut seramai 112 orang termasuk pegawai. Turut hadir Pegawai Turus koordinasi Sumber DSP Chang Yoong Fei  Dan YDH Komandan  Supt/SP Haji Ahmad Safaie Bin Haji Ahmad.



Pada Majlis tersebut  YDH, ACP Che Man memberi penekanan  community policingterhadap semua angota SPDRM Negeri Sembilan iaitu jalinan dua hala diantara masyarakat dan polis dalam membanteras jenayah dengan lebih efektif dan efisyen. Beliau juga sentiasa mengingatkan anggota SPDRM sentiasa menjalankan tugas dengan berintegriti  kerana SPDRM adalah “right Wing” kepada PDRM.



Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Komandan Sukarelawan Polis Negeri sembilan, YDH Supt/SP Haji Ahmad Safaie Bin Haji Ahmad bersama anggota pejabat Komandan SPDRMNS kerana sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dalam segala aspek yang diperlukan oleh JPJKK NS. Harapan beliau agar SPDRM Negeri Sembilan menjadi sebuah pasukan yang cemerlang dan menjadi contoh kepada SPDRM negeri-negeri lain.





Sesi Bergambar bersama ACP Che Man bagi  Setiap Daerah yang hadir