Pages

MAJLIS PERJUMPAAN YDH PENGARAH JPJKK BERSAMA SUKARELAWAN POLIS ZON TENGAH DAN SELATAN




21 OGOS  2015, telah berlangsung di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maktab PDRM Kuala Lumpur, Cheras Selangor. Matlamat program untuk mewujudkan hubungan kerjasama yang erat diantara Sukarelawan Polis dan PDRM disamping melahirkan semangat “Esprit De Corps” dalam kalangan pegawai dan anggota Sukarelawan Polis.

Kontinjen Negeri Sembilan telah menghantar seramai 50 orang termasuk Pegawai dan Anggota dengan menaiki kenderaan pasukan. Turut hadir Ydh Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Ketua Jabatan JPJKK dan beberapa orang pegawai daripada IPK Negeri Sembilan.

Dalam perjumpaan tersebut Pengarah JPJKK menghargai peranan dan sumbangan Sukarelawan Polis dalam PDRM. Menjelang tahun 2017 anggota Sukarelawan Polis disasarkan seramai 50,000 orang. Beliau juga berharap Pegawai Sukarelawan Polis sentiasa mewujudkan hubungan yang baik dengan pucuk pimpinan samada diperingkat  negeri mahupun daerah bagi memecahkan tembok kronisme dan double standard dalam kalangan anggota PDRM dan Sukarelawan Polis.

SI/Sp Zaki sedang memberi taklimat kepada anggota


Anggota berbaris dan lapor kehadiran

Bergambar sebelum menaiki Bus Kontinjen





Ydh ACP Che Man bersama Supt/Sp Zaki dan anggota 

Anggota didalam Dewan Sultan Haji Ahmad Shah 
Anggota SP daripada Daerah Tampin