Pages

MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA KETUA JPJKK NEGERI SEMBILAN

12 Jun 2015, Majlis Makan Malam sempena sambutan bulan Ramadan, 1436H dan meraikan kejayaan Pejabat Komandan mengendalikan aktiviti sepanjang tahun 2015 telah diadakan di Restoran City Park Oriental Seremban.

Tetamu kehormat YDH ACP Tuan Che Man Bin Md Dros, Ketua JPJKK IPKNS bersama isteri memeriahkan lagi majlis tersebut. YDH Ketua JPJKK IPKNS telah memberi pesanan / tip-tip kepada warga Pejabat Komandan iaitu agar jangan memandang rendah kepada orang, hubungan yang ikhlas dengan seseorang , jangan mudah mempercayai cakap orang tanpa usul periksa,pegawai dan anggota mesti mempunyai identiti yang unggul dan dapat menyesuaikan diri dalam semua keadaan. Majlis ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara pegawai dan anggota dengan warga JPJKK IPK Negeri Sembilan.