Pages

AMANAT KETUA JABATAN PENCEGAHAN JENAYAH DAN KESELAMATAN KOMUNITI NEGERI SEMBILAN

05 Jun 2015, Dewan Mawar IPKNS, Majlis Amanat Ketua Jabatan JPJKK IPKNS, Ydh ACP Che Man Bin MD Dros. Kehadiran anggota pada majlis tersebut seramai 157 orang termasuk pegawai. Ydh Komandan  Supt Haji Ahmad Safaie Bin Haji Ahmad turut memberi ucapan alu aluan .

 Pada Majlis tersebut  Ydh, ACP Che Man  mengucapkan ribuan terima kasih kepada para anggota SPDRM Negeri Sembilan yang bersama-sama bersengkang mata bersama anggota regular dalam menjaga kententeraman awam. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Komandan Sukarelawan Polis Negeri sembilan, Ydh Supt Haji Ahmad Safaie Bin Haji Ahmad bersama anggota pejabat Komandan SPDRMNS kerana sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dalam segala aspek yang diperlukan oleh JPJKK NS. Harapan beliau agar SPDRM Negeri Sembilan menjadi sebuah pasukan yang cemerlang dan menjadi contoh kepada SPDRM negeri-negeri lain