Pages

MESYUARAT KOMADAN SUKARELAWAN POLIS TAHUN 2015 DI BUKIT AMAN

Mesyuarat Komandan Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 4.3.2015 di Bilik Mesyuarat JPJKK Tingkat 29, Menara 2 Bukit Aman.
YDH Supt./SP Ahmad Safaie Haji Ahmad bersama Kon./SP Sarabanan Alagappan menghadiri mesyuarat tersebut yang dipengerusikan oleh YDH SAC Saiful Azly Haji Kamaruddin, Ketua Penolong Pengarah  Koordinasi Sumber Sokongan (KPP KSS).

YDH CP Dato’ Acryl Sani Abdullah Sani, Pengarah JPJKK  turut memberi ucaputama.
Beliau berharap semua anggota Sukarelawan Polis (SP) menghargai usaha kerajaan menambah anggota seramai 50,000 menjelang tahun 2017.

Perkhidmatan yang diberi hendaklah berada diacuan dan matlamat yang  diharapkan disamping tidak menjadikan elaun sebagai motivasi untuk menyumbang perkhdimatan.

Menurut beliau, pelbagai usaha telah dibuat seperti bengkel di Johor Baharu dan Melaka bagi memperkasakan Sukarelawan Polis

 YDH SAC KPP KSS turut mengharapkan semua pegawai dan anggota Sukarelawan Polis menjadi “Polis Baru” dengan “change mind set”.  Menurutnya lagi Sukarelawan Polis adalah setara dengan anggota PDRM sebagaimana termaktub dalam  Seksyen 40 Akta Polis 1967.