Pages

SEJARAH POLICE VOLUNTEER RESERVE FORCE



LATAR BELAKANG PVR

 Police Volunteer Reserve Force (PVR) dan dikenali Sukarelawan Polis Diraja Malaysia (SPDRM) adalah sebuah pasukan yang mana ianya merupakan suatu cawangan didalam PDRM. Ianya diiktiraf oleh pihak kerajaan melalui sumbangan-sumbangannya yang efektif lagi konsisten, dan penubuhannya adalah sebagaimana tercatat dalam lunas perundangan melalui apa yang tertera dan didokumentasikan di dalam Sek 34 hingga Sek 46, Akta Polis 1967.

Kewujudannya adalah sebelum negara Malaysia mencapai kemerdekaan lagi iaitu ketika mana sebelum timbulnya saat sukar dan genting zaman darurat di Persekutuan Tanah Melayu. Dahulu ianya ibarat suatu penglibatan masyarakat setempat atau penempatan desa dan juga pinggir bandar bagi maksud membantu pihak berkuasa iaitu Federation of Malaya Police, dan tiada istilah khusus mengenainya. Pihak kolonial melalui persepsinya ketika itu memanggilnya dengan panggilan "Auxiliary Police" atau Polis Bantuan, dan yang mana ketika itu sebenarnya adalah masyarakat awam yang sukarela untuk berbakti tanpa menuntut saraan bulanan. 
Sukarelawan Polis dan Auxiliary Police atau Polis Bantuan adalah dua pertubuhan berbeza dari segi penugasan dan juga pembatasan kuasanya. 

Sukarelawan Polis dari sebelum merdeka hingga kini ianya terus wujud dan masih relevan bagi membantu pihak PDRM membanteras jenayah dan juga mendekatkan polis dengan masyarakat. Pasukan Sukarelawan Polis di Kontinjen Negeri Sembilan adalah mereka yang mempunyai latar belakang yang berbagai dari kalangan profesional seperti peguam, jurutera, doktor, pensyarah, arkitek, pengurusan korporat hinggalah pekerja kelas pertengahan seperti perguruan, perkeranian dan penyeliaan. Sebahagian mereka juga mempunyai perniagaan sendiri dan menjadi usahawan berjaya tetapi masih ingin menyumbang bakti untuk negara Malaysia yang tercinta. 

Sukarelawan Polis adalah suatu platform yang begitu amat bernilai untuk mendekatkan hubungan antara orang awam dengan pihak polis itu sendiri. Melalui pendedahan tugas dan juga ilmu kepolisan yang di pelajari serta turut dipraktikkan akan memberi suatu gambaran tepat dan sebenar fungsi - fungsi dan tugas semasa yang dilakukan oleh pihak polis.


SEJARAH PDRM DAN PASUKAN SUKARELAWAN POLIS 

v  25 Mac 1807 - Pegawai British pertama menjadi ketua polis berpangkat Sheriff.

v  1825 - Penubuhan Burglar Guard di Melaka bagi mengawal keselamatan pelabuhan dan persekitarannya ketika itu.

v  1856 - Negeri Pulau Pinang, Melaka dan Singapura telah digabungkan dan wujudlah Straits settlement of Police.

v  1874 - British meluaskan jajahan takluknya di negeri Perak, Negeri Sembilan dan Pahang, serta melengkapkan negeri - negeri tersebutu dengan pasukan polisnya.

v  1896 - Penubuhan pasukan Polis negeri - negeri Tanah Melayu.

v  1946 - Malayan Union digagaskan, dan Polis Tanah Melayu di tukar nama kepada Polis Malaya dan beribu pejabat di Kuala Lumpur.

v  1948 - Polis Malaya ditukar nama kepada Federation of Malaya Police.

v  1948 - Darurat di Tanah Melayu, menyebabkan penubuhan Kawalan Keselamatan Kampung, Sukarelawan Polis dan juga Polis Bantuan bagi menjaga keamanan negara dan juga aset - aset pihak British sehinggalah tamatnya darurat.

v  1956  - Police Volunteer Reserve (PVR) ditubuhkan secara rasmi lanjutan dan rentetan kecemerlangan dan jasa - jasa dari peristiwa darurat dan bagi tujuan pengawasan wujudlah Police Volunteer Regulations 1956.

v  1957  - Auxiliary Police (AP) atau Polis Bantuan telah dimansuhkan oleh PDRM.

v  24 Julai 1958 - DYMM Yang Dipertuan Agong memberi gelaran Di Raja (Royal)

v  16 Sept 1963 - Negara Malaysia ditubuhkan dan semua pasukan polis di Sabah, Sarawak, Singapura, dan negeri-negeri di Semenanjung digabungkan menjadi satu pasukan polis sahaja.

v  1965 - Polis Singapura keluar dari pasukan kerana negara tersebut menjadi Republik yang berasingan dari Malaysia.

v  1967 - Akta Polis 1967 diwujudkan selepas Singapura keluar dari Malaysiadan telah di draf pada Tahun 1965. Akta tersebut setelah mendapat perkenan DYMM Agong ketika itu menggunakan perkataan DiRaja kepada Pasukan PDRM (Tetap), Sukarelawan Polis dan Polis Simpanan (bekas Pegawai Kanan PDRM bersara sehingga umur 60 tahun) - Rujuk akta.


v  1970 - Polis Bantuan telah diwujudkan semula dengan objektif yang berbeza berbanding tahun 1948, dan pada awalnya hanya syarikat - syarikat atau badan berkanun ekuiti kerajaan sahaja yang layak menubuhkan pasukan polis bantuan sendiri.



SYARAT PENGAMBILAN ANGGOTA SPDRM

OBJEKTIF 
Membentuk satu pasukan yang efisyen dari segi intelektual dan fizikal
Memperkukuhkan hubungan di antara pihak polis dan masyarakat
Mempertingkatkan tahap keupayaan, kecekapan dan kepercayaan masyarakat

VISI 
Sukarelawan Polis DiRaja Malaysia senantiasa bersama berganding bahu
dengan PDRM dalam mendaulatkan undang-undang demi mengekalkan
keamanan, ketenteraman dan keselamatan negara

MISI 
Berganding bahu dengan PDRM untuk menguatkuasa undang-undang
Bersama mengekalkan keamanan dan keselamatan Negara
Bersama mencegah dan mengesan jenayah
Bersedia menyalur maklumat serta menjadi mata dan telinga PDRM
Bersama masyarakat tempatan membantu PDRM


Organisasi, Peranan dan Falsafah

Pasukan ini diwujudkan sebagai satu formasi dibawah Pasukan Polis Diraja Malaysia sejak tahun 1957 yang dikenali sebagai Pasukan Sukarelawan Polis. Kini keanggotaannya berjumlah seramai 3,400 diseluruh negara dengan tumpuan dibandar-bandar utama.
Falsafah kewujudan Pasukan Sukarelawan Polis adalah untuk memberi peluang kepada orang awam untuk menceburkan diri dalam kerjaya Polis.

Tanpa meninggalkan pekerjaan hakiki awam mereka, ianya juga sebagai satu pengalaman, pengamatan, cabaran disamping sumbangan khidmat bakti kepada keamanan negara. Pasukan ini juga adalah sebagai unit rezab di dalam Polis Diraja Malaysia.

Penglibatan orang awam dalam Pasukan Polis menerusi Sukarelawan Polis akan memberi banyak kebaikan dan kelebihan antaranya :-
- Mewujudkan kefahaman dan pengamatan terhadap masalah dan pahit manis bagaimana anggota polis melaksanakan khidmat mereka seharian
- Penerapan nilai-nilai disiplin positif pasukan kepada diri sendiri yang diperolehi melalui pendedahan latihan sebagai anggota Sukarelawan Polis
- Sukarelawan Polis dapat memberi panduan kearah pembentukan keluarga bahagia terutamanya dalam mendidik anak-anak agar lebih tersusun dan berjaya berteraskan disiplin yang diperolehi melalui latihan dan pengalaman sebagai Sukarelawan Polis
- Meningkatkan ilmu pengetahuan terhadap undang undang dan penguatkuasaanya, serta melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti bercorak fizikal seperti latihan kawad dan penggunaan senjatapi

Syarat-syarat Permohonan Sukarelawan Polis

1. SYARAT SKIM PERKHIDMATAN

- Warganegara Malaysia
- Umur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak lebih 45 tahun

2. KELAYAKAN

- Lulus SRP / PMR atau setaraf dengannya.
- Mendapat kelulusan dan kebenaran dari ketua Jabatan Majikan untuk berkhidmatan sebagai Sukarelawan Simpanan Polis
- Bersih daripada sebarang tapisan jenayah.
- Tidak menjadi ahli anggota lain- lain badan beruniform yang boleh dikerah tenaga didalam keadaan darurat.

- Pekerja-pekerja dari kumpulan “Key Personel” seperti Hospital, TNB, Telekom, Pengawal keselamatan (badan berkanun/kerajaan/swasta) tidak layak memohon

- Sila bawa semua sijil asala dan salinan kad pengenalan /sijil kelahiran , siil akademik , sijil berhenti  sekolah / tamat sekolah dan salinan kad pengenalan ibu bapa / sijil warganegara ibu bapa serta 2 keping gambar ukuran pasport semasa hadir pengesahan dokumentasi di IPK atau IPD yang akan ditetapkan              

- Perkhidmatan Sukarelawan Simpanan Polis adalah tertakluk kepada jadual perintah / peraturan / kaedah PVR Regulation 1956, Akta Polis 1967 (Akta 344) dan Perintah Tetap Ketua Polis Negara Bahagian A 502)

3. KELAYAKAN FIZIKAL

- Ukuran badan
· Lelaki – Tinggi 162 cm (5’4”)
· Lilitan Dada – 81 cm/86 cm (32”/34”)
· Berat badan 48 kg
· Wanita – Tinggi 152 cm (5’)
· Berat badan 43 kg
· Mempunyai penglihatan biasa dan pendengaran yang baik
· Kelulusan akademik – sekurang-kurangnya lulus SRP/LCE Pangkat A/B atau pangkat C bagi tahun 1969 dan sebelumnya atau dengan (salinan sijil hendaklah disertakan)
Lain-lain Kelayakan
- Mempunyai pekerjaan tetap
- Mendapat kebenaran dari Jabatan/ Majikan (sertakan surat kebenaran daripada Jabatan)
- Bermastautin dalam lingkungan 18 km dari Balai Polis Daerah yang dipohon.
- Bersih dari sebarang rekod jenayah/cawangan khas
- Tidak menjadi ahli/anggota lain-lain badan beruniform yang boleh dikerah tenaga semasa darurat.
- Pekerja-pekerja dari kumpulan “Key Personel” seperti Hospital, TNB, Telekom, pengawal keselamatan (badan berkanun/kerajaan/swasta) tidak layak memohon.
Bidang Tugas

Pasukan Sukarelawan Polis pada kebiasaanya adalah menjalankan kerja-kerja latihan dan perbarisan ketika tidak diletakkan dibawah kerahan secara aktif.
Walaubagaimanapun sebagai tambahan kepada latihan dan perbarisan mereka ini menjalankan tugas-tugas seperti berikut :
1. Pejabat pertanyaan / tugas telefonis
2. Tugas Bit
3. Tugas Rondaan
4. Tugas Trafik
5. Tugas Teknikal (WT, MT & MARIN)
6. Tugas-Tugas di Pusat Kawalan Kontingen atau Daerah
7. Pegawai Bertugas di Daerah atau IPK
8. Pentadbiran Biasa / Harian
9. Tugas Kawalan Perhimpunan
10. Tugas kawalan
Fungsi dan Tanggungjawab
• Melaksana dan menguatkuasakan undang-undang
• Mata dan telingan kepada pasukan PDRM
• Memberikan perkhidmatan yang mesra kepada masyarakat

Elaun dan Insentif

1. Elaun Penugasan 



Tuntutan elaun tidak melebihi 48 jam sebulan
Pegawai : RM7.80 sejam
Lain-lain Pangkat : RM6.00 sejam

2. Elaun Bounty ( Saguhati tahunan )
Bertugas lebih 380 jam setahun - RM 520.00
Bertugas 240 ~ 379 jam setahun - RM 390.00
Bertugas 120 ~ 239 jam setahun - RM 260.00
Bertugas kurang 120 jam setahun - TIDAK LAYAK

3. Elaun Pakaian (Pegawai sahaja)
Elaun Pakaian Seragam (sekali sepanjang perkhidmatan) - RM300.00
Elaun Penyelenggaraan Pakaian Seragam (setiap tahun dibayar mulai
tahun kedua Perkhidmatan) - RM 125.00
Elaun Pakaian Istiadat (3 tahun sekali) - RM 1,000.00

4. Kemudahan Lain
Bekalan Pakaian Seragam
Rawatan Perubatan
Compesation-ganjaran & elaun
Kematian semasa bertugas *
Kecacatan semasa bertugas *
Belanja pengkebumian *
* Melalui penyertaan skim insuran berkelompok