Pages

MAJLIS IFTAR RAMADAN PDRM BERSAMA SPDRM, POLIS BANTUAN, SUKSIS DAN KOR KADET POLIS PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2015

11 Julai 2015, Majlis Berbuka Puasa peringkat Kontinjen Negeri Sembilan anjuran Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) telah diadakan di Surau IPK Negeri Sembilan. Majlis dihadiri oleh Ketua Jabatan JPJKK Negeri Sembilan Ydh ACP Tuan Che Man Bin Md Dros dan turut hadir Ketua Sukarelawan Polis Negeri Sembilan Ydh Supt/SP Tuan Haji Ahmad Safaie Bin Haji Ahmad. Kehadiran para tetamu dan anggota seramai 100 orang yang merangkumi komuniti setempat Suksis, Kadet Polis, Polis bantuan dan Sukarelawan Polis.

Majlis dimulakan dengan tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Pegawai daripada Bahagian Agama Dan Kauseling Negeri Sembilan  (BAKA) sebelum masuknya waktu berbuka. Pada Majlis tersebut Pegawai dan anggota turut menunaikan solat Taraweh secara berjemaah dan diakhiri dengan jamuan moreh.

Ydh Komandan bersama Pegawai dan Anggota

Kehadiran Para tetamu

Kehadiran Pegawai dan Anggota

Kehadiran Ydh ACP Tuan Che Man  disambut Oleh Ydh Komandan 


Anggota dan pegawai berbuka puasa

Gandingan mantap dua orang pegawai Ins/SP


Kadet Polis dan SUKSIS turut hadir

Kadet Polis Bergambar kenangan bersama Ydh ACP Tuan Che Man

Anggota dan pegawai Pejabat Komandan Bergambar kenangan bersama Ydh ACP Tuan Che Man