Pages

BIODATA KOMANDAN SUKARELAWAN POLIS KONTINJEN NEGERI SEMBILAN





KOMANDAN SSPDRM KONTINJEN NEGERI SEMBILAN 



DSP / SP LOH WAI LEONG


BIODATA KOMANDAN

<<< Sedang dikemas kini >>>>










MANTAN KOMANDAN SSPDRM 

Tarikh akhir berkhidmat 22.1.2019










Supt/SP 385 Haji Ahmad Safaie bin Haji Ahmad, Komandan Sukarelawan Polis Kontinjen Negeri Sembilan dilahirkan pada 23.1.1961 di Kampong Kubang Jambu Kota Kuala Muda, Sungai Petani , Kedah. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Bukit Meriam, Kota Kuala Muda; Sekolah Menengah Sik; Sekolah Menengah Jeniang dan Sekolah Menengah Khir Johari Sungai Petani Kedah dan melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.






 Pada tahun 1979 beliau berkhidmat dalam Pasukan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dengan menjalani latihan asas rekrut di PULAPOL Jalan Gurney Kuala Lumpur selama 6 bulan.  Setelah tamat latihan beliau ditempatkan di Cawangan Merin, Johor Baharu, Johor.  Kemudian pada tahun 1980 beliau berpindah ke IPD Muar dan seterusnya ditempatkan di Balai Polis Panchor, Muar Johor hingga tahun 1982.  Beliau meletak jawatan sebagai anggota polis kerana melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Tenmenggong Ibrahim, Johor Baharu.




   


Pada tahun 1985 beliau bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Idris Shah, Gopeng Perak dan dari situ beliau memohon memasuki pasukan sukarelawan polis di Ibu Pejabat Polis Kampar.  Setelah tamat latihan selama 6 bulan beliau ditempatkan di Balai Polis Gopeng dan dinaikkan pangkat ke pangkat kopral.
Pada tahun 1991 beliau berpindah ke Negeri Sembilan dan meneruskan khidmat sebagai sukarelawan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)  Tampin.  Beliau dinaikkan pangkat ke Insp./SP dan seterusnya ASP/SP  dan dilantik sebagai Ketua Sukarelawan Polis Daerah Tampin sehingga tahun 2005.



Pada tahun 2006 beliau berpindah tempat kerja di Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Negeri Sembilan dan meneruskan khidmat sukarelawan polis di IPD Seremban sebagai Ketua Sukarelawan Polis Daerah Seremban dengan pangkat DSP/SP.  Seterusnya pada tahun 2010 beliau dinaikkan pangkat ke pangkat Supt./SP dan dilantik sebagai Komandan Sukarelawan Polis Kontinjen Negeri Sembilan hingga masa kini.




   







Majlis Bicara Profesional

 Majlis Bicara Profesional  telah diadakan pada 9.1.2015 di Dewan Mess, IPKNS. Dalam majlis tersebut YDH ACP Che Man Md Dros, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti telah menyampaikan amanatnya.

Beliau mengingatkan anggota sukarelawan Polis Kontinjen Negeri Sembilan supaya sentiasa komited dalam melaksanakan tugas.  Semangat jati diri dan kepolisian hendaklah dikekalkan.

 YDH ACP Che Man Md Dros juga melancaran Tabung Bantuan  Bencana Mangsa Banjir. Dalam kutipan tersebut Sukarelawan Polis Kontinjen Negeri Sembilan telah berjaya mengutip sebanyak RM 1,210.00.

Sumbangan  tersebut telah diserahkan  oleh Komandan Sukarelawan Polis Kontinjen Negeri Sembilan YDH Supt/SP Ahmad Shafaie Bin Haji Ahmad kepada  YDH, ACP Che Man Bin Md Dros sebagai wakil Kontinjen Negeri Sembilan.


















 

 












Majlis Makan Malam Pejabat Komandan Sukarelawan Polis Kontinjen Negeri Sembilan.

 Majlis Makan Malam Pejabat Komandan Sukarelawan Polis Kontinjen Negeri Sembilan telah diadakan pada 3.1.2015 di Restoran City Park Oriental, Seremban. Supt/SP Ahmad Safaie, Komandan Sukarelawan Polis Kontinjen NS turut bersama dalam majlis tersebut.

Majlis turut meraikan sambutan ulang tahun kelahiran  Sarjan Nasikin dari JPJKK IPKNS dan anggota dari Pejabat Konandan.

Pejabat Komandan juga telah meraikan Insp/SP Abdul Razak Ahmad dan Mohd Rofik Yusof yang telah bersara dari pasukan kerana cukup umur.




Mesyuarat KSPD KALI 1/2015 Peringkat Kontinjen

 Mesyuarat Ketua Sukarelawan Polis Daerah (KSPD) kali 1/2015  telah diadakan pada 27.12.2014 di Dewan Serbaguna Sukarelawan Polis Kontinjen NS
 dipengerusikan oleh Supt/SP Ahmad Shafaie  Haji Ahmad.

Mesyuarat diadakan untuk merancang hala tuju Sukarelawan Polis Kontinjen NS bagi Tahun 2015. Komandan turut menekankan amalan 5 P dalam pentadbiran iaitu Perancangan, Pelaksanaan, Pemantauan, Penilaian dan Penambahbaikan akan dapat memantapkan lagi pasukan dibawah jagaan masing-masing.

Semua KSPD dikehendaki mengadakan LDP setiap bulan bagi memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran dalam kalangan anggota. Laporan aktiviti hendaklah dihantar setiap bulan ke Pejabat Komandan.









Latihan Menembak Pelatih-Pelatih Siri 2014

Padang Sasar Tampin, berlangsung latihan menembak bagi pelatih-pelatih siri 2014. Latihan yang berlangsung selama dua hari iaitu 20 hingga 21 Disember 2014 merangkumi latihan menembak menggunakan senjata revolver.38 dan M16.

Latihan menenmbak yang dikelolakan oleh Pejabat Persenjataan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan dan dibantu oleh Jabatan Pencegahan Jenayah Kesalamatan Komuniti (JPJKK) serta anggota  Pejabat Komandan Kontinjen Negeri Sembilan.




Mesyuarat Perlaksanaan Temuduga Kenaikan Pangkat

11 Dis 2014 Mesyuarat Komandan bersama Ketua Sukarelawan Polis Daerah (KSPD) dan wakil-wakil berkaitan perlaksanaan  temuduga kenaikan pangkat anggota Sukarelawan Polis. Mesyuarat yang berlangsung di Dewan Serbaguna Sukarelawan Polis Negeri Sembilan yang melibatkan seramai 80 anggota Sukarelawan Polis kontinjen Negeri Sembilan layak ditemuduga.

Mesyuarat di pengerusikan oleh Komandan SUPT/SP Tn Haji Ahmad Shafaie Bin Haji Ahmad yang  bermula pada jam 2000 dan tamat pada 23030.