Majlis diserikan dengan ucapan yang disampaikan oleh KPD iaitu DSP Ibrahim Bin Sharif, iaitu dengan ucapan terima kasih kepada semua Anggota Sukarelawan Polis (SP) kerana dapat membantu IPD Rembau dalam penugasan-penugasan yang telah diaturkan. KPB juga memberikan pujian kepada anggota SP Rembau dengan sikap anggota yang saling menunjukkan semangat dan komited serta saling hormat menghormati antara satu sama lain.
Dengan semangat berpasukan dan pengorbanan yang ditunjukkan oleh anggota SP Rembau, KPB begitu menghargai semangat yang ditonjolkan. maka dengan rasa hormat KPB telah bersetuju memberikan sebuah bilik kepada anggota SP Rembau bagi tujuan melicinkan pentadbiran Anggota SP di Rembau.
Supt / SP. Tn Haji Shafaie bin Haji Ahmad bersama DSP Ibrahim Bin Sharif |
Supt / SP. Tn Haji Shafaie bin Haji Ahmad bersama Anggota SP Rembau |